salam ; )
09 may 2010??mother's day wok..i'm giving my mom a bear..cute bear..i hope u like mom..i love u so much PUAN HAMLAH BINTI ARIS..
Tidak ada jawapan pasti yang boleh diberikan kerana sebagai anak kebanyakan daripada kita tidak pernah terfikir untuk mengukur atau mahu mencatatnya sepertimana kita mengisi diari harian untuk memenuhi tanggungjawab yang sarat di pejabat, aktiviti dan lain-lain perkara sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa..
Pernahkah kita bayangkan bagaimana setianya ibu menunggu kepulangan anak-anak yang tidak kunjung tiba kecuali musim cuti sekolah atau ada kematian dan kenduri-kendara. Juga berapa kerap kita bertanya keperluan ibu walaupun dia tidak pernah bersuara dan tidak pernah meminta-minta..
Malah kita langsung tidak pernah cuba mengorek rahsia hati ibu sendiri - tentang perasaannya menangani kerenah anak- anak yang pelbagai, hati seorang ibu yang sering tersenyum di sebalik derita dan hati yang terguris luka..
Seorang ibu yang menangis di kala gembira dan meratap di kala duka kerana anak-anak. Satu perkara yang nyata, apabila balik kampung untuk bertemu ibu, perkara pertama yang kebanyakan dilakukan oleh anak-anak meminta ibu memasak yang sedap-sedap..
Kononnya hendak bermanja tetapi kita lupa sebenarnya kita menyusahkan ibu..Dalam keletihan ibu bangun dan berusaha melakukan yang terbaik untuk menggembirakan anak-anak. Malah ada juga yang meletakkan anak-anak di bawah jagaan ibu..
Tidak pernah dia merungut, tidak pernah dia berkata tidak mahu. Juga tidak pernah dia membebel atau berpaling muka. Bukan untuk anaknya saja, tetapi juga untuk menantu dan cucu-cucu bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga. Wajarkah tindakan kita itu walaupun pada hakikatnya ibu yang beria-ia hendak melakukannya.
Berlainan pula ceritanya dengan kisah ibu yang sekadar mengharapkan anak-anak tetapi realitinya harapan hanya tinggal harapan kerana anak yang dinanti tidak muncul-muncul.
Sebabnya? Kerana anak-anak tidak menilai kasih sayang dan pengorbanan yang telah ibu mereka lakukan sejak mereka lahir, diasuh menjadi dewasa, berjaya dalam pendidikan, berjawatan tinggi tetapi pendek akal untuk membalas jasa dan pengorbanan ibu..
Lebih menyusuk jiwa apabila ada di antara mereka lupa siapa yang mengandung dan mendidik mereka..Seorang wanita tua yang telah kering air mata menangisi mereka, seorang ibu yang bercekang mata menjaga mereka ketika tidur diganggu nyamuk yang mengganas.
Tapi adakah kita insaf pada pengorbanan itu??Adakah kita menganggap sebagai sejarah yang tidak perlu diingat lagi.. Aduhai, sedihnya hati ibu jika demikianlah anggapan anak-anak.
Wanita, isteri dan ibu ibarat matahari yang tidak pernah hilang, sentiasa bercahaya, panas dan membakar..
No comments:
Post a Comment